Isnin, 30 Mac 2015

PCOS?

Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.


Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?
PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. 
Dianggarkan bahawa 5-10% wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini iaitu mereka yang berumur dalam lingkungan 20-30 tahun.
Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit.
Ketidakstabilan pengeluaran hormon mengakibatkan wujudnya cysts kecil pada ovari yang kemudiannya menjadi punca kepada kitaran haid yang tidak teratur.
Selain itu,ia juga menyebabkan haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. 

Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?
• Kitaran haid yang tidak teratur. 
(Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak)
• Kegemukan atau obesiti
• Kencing manis
• Kolesterol Tinggi
• Kemandulan
• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki 
(Misai, janggut dan di bahagian dada)

Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?
Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
• Kitaran haid yang tidak teratur
• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang 
(Berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang)
• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

                              Gambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’

Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?
Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. 
Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. 
Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, dimana hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. 
Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.


Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?
• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
• Masalah kolesterol tinggi
• Masalah darah tinggi
• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi
• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
• Masalah tidur
• Penyakit murung

Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur
Ubat kencing manis sebagai contoh metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
• Supplement fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’ atau GLA Complex Shaklee
 Pembedahan ‘ovarian-drilling. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.



Hubungi Saya,

Shaklee Independant Distributor
ID869652
Ika Zaaba
Whatsapp:0192201526
SMS/Call:0195159231 

0 comments:

Catat Ulasan

Copyright © Love Cotton Shoppe. Designed by Whitey Mommy